niaga Laman E-Dagang

niaga header image.

Memperkenalkan niaga, laman e-dagang khusus buat pengguna berskala kecil, seperti peniaga gerai atau restoran yang menyediakan khidmat penghantaran sendiri, atau ingin menyediakan pilihan buat pelanggan mereka membuat tempahan dan membuat ambilan sendiri. Pelanggan boleh membuat pembelian dan pembayaran di laman web tersendiri, atau melalui applikasi Telegram tanpa perlu memasang apa-apa applikasi khas. Tanpa applikasi pihak ketiga yang mengenakan kadar yang tinggi, harga boleh dikekalkan rendah untuk tidak membebankan pelanggan. Layari niaga di sini.

Menariknya, sistem niaga juga boleh dihubungkan dengan applikasi Telegram. Ini bermakna seorang pembeli boleh membuat belian melalui Telegram. Peniaga dan pembeli akan menerima pemberitahuan mengenai pesanan mereka melalui Telegram juga. Berikut ialah beberapa imej daripada laman niaga, dan juga applikasi Telegram untuk pencerahan. Jika anda pengguna Telegram, jemput berinteraksi dengan bot Telegram niaga di sini.



Untuk mula ber-niaga, pastikan anda mempunyai SSM untuk mendaftar dengan khidmat gerbang pembayaran untuk mengaktifkan kemudahan bayaran atas talian. Anda mempunyai pilihan untuk ber-niaga menggunakan URL sendiri, contohnya www.laman-niaga-anda.com.my atau bernaung di bawah laman Adeeology. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran sekali (one off) atau membayar secara bulanan.

Sila hubungi Adee di talian 010-4616553 atau melalui emel hello@adeeology.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.