CADANGAN AL-MASJIDIL
AL-MASJIDIL, SATU LANGKAH DIGITAL MENGIMARAHKAN MASJID
SEBUAH LAMAN SESAWANG PENGURUSAN MASJID YANG MENGGABUNGKAN SISTEM PENGURUSAN KANDUNGAN, LAMAN E-DAGANG, DAN PELANTAR SOKONGAN PELANGGAN
PENGENALAN
Pada asasnya, Al-Masjidil adalah sebuah laman sesawang, yang disasarkan untuk penggunaan badan pengurusan masjid ataupun surau. Ianya boleh digunakan untuk memperkukuhkan kehadiran di atas talian, untuk membuat hebahan secara meluas dan pantas untuk kariah mereka.
Pengaruh medan atas talian tidak dapat dinafikan dengan kecapaian yang pantas dan sedia ada di mana-mana sekarang. Ditambah lagi dengan applikasi sembang dan pengaruh media sosial yang luas, adalah wajar potensi ini diraih untuk membuat penyampaian maklumat mutakhir dan aktiviti terkini masjid kepada ahli kariah dan jemaah mereka.
Sejajar dengan ini, Al-Masjidil direka dengan menerapkan beberapa pelantar media sosial yang popular untuk meluaskan lagi potensi capaiannya, seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.
Telegram juga digunakan dengan meluas, untuk memudahkan beberapa peringkat aliran maklumat secara automatik melalui bot, di dalam laman e-dagang, e-aduan dan laman sesawan utama Al-Masjidil sendiri.
Namun Al-Masjidil tidak bertujuan untuk mengenepikan interaksi secara bersemuka. Ia bertujuan untuk memenuhi ruangan kosong yang boleh dimanfaatkan dengan kemajuan teknologi sekarang. Di dalam kertas cadangan ini, kita akan kupas satu persatu bahagian-bahagian Al-Masjidil yang ada, dan ciri-ciri yang telah dipasang ke dalam Al-Masjidil.
APAKAH ITU AL-MASJIDIL?
Al-Masjidil lahir dari inisiatif untuk memperkasakan institusi masjid dan surau di atas talian, sebagai satu ‘Langkah Digital Mengimarahkan Masjid’. Untuk tujuan pencerahan, laman sesawang Al-Masjidil yang dihasilkan oleh Adeeology adalah berasaskan sebuah masjid yang dinamakan Al-Masjidil, yang terletak di daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan.
Al-Masjidil pada dasarnya ialah sebuah Sistem Pengurusan Kandungan atau CMS (Content Management System). Lazimnya CMS ini digunakan untuk menguruskan laman sesawang, seperti laman blog, atau forum.
Sebagai sebuah laman sesawang, Al-Masjidil menerapkan beberapa kelainan. Ia adalah laman sesawang yang terbahagi kepada blog, yang bahagian e-dagang, dan gerbang sokongan pelanggan. Ia juga mempunyai beberapa pemalam dan applikasi sampingan untuk memastikan integrasi dengan medan media sosial dan applikasi sembang yang popular.
OBJEKTIF
Al-Masjidil bertujuan untuk memenuhi potensi capaian atas talian dengan menyediakan maklumat terkini dengan hebahan pantas. Ini boleh dicapai melalui laman sesawang yang khusus dan dibangunkan khas untuk penyampaian maklumat sebuah masjid kepada jemaah atau kariah berkaitan.
Penyebaran maklumat berkenaan mengenai majlis ilmu, atau berita berkaitan acara-acara anjuran masjid, dan kepentingan masyarakat boleh disampaikan melalui saluran yang rasmi dengan adanya Al-Masjidil. Ini juga dapat memastikan kesahihan maklumat seperti laporan kewangan ataupun pengumuman perkahwinan dan kematian ahli-ahli kariah.
Selain daripada itu, Al-Masjidil juga akan dilengkapkan dengan sistem sokongan pelanggan melalui E-Aduan. E-Aduan membolehkan seseorang untuk membuat aduan atau mengutarakan cadangan untuk perhatian pihak pengurusan masjid. Pelantar sokongan pelanggan ini dipilih khusus kerana terdapat ciri-ciri tertentu seperti, kemampuan membuat laporan daripada sebarang peranti, seperti telefon pintar dan komputer yang ada hubungan internet.
Kelebihan utama E-Aduan dengan perisian khusus ini ialah, setiap aduan atau cadangan, akan direkodkan ke dalam sistem dan diberikan nombor tiket unik, dan komunikasi antara pengadu dan pihak pengurusan adalah telus dan berasaskan emel. Yang bagusnya, seorang pengadu boleh membuat lampiran, seperti dokumen (untuk pendaftaran sebagai kariah misalnya), atau membuat hantaran beserta gambar seperti membuat laporan kerosakan.
Antara tujuan utama perlaksanaan sistem seperti Al-Masjidil adalah untuk memantapkan kewangan sebuah badan pengurusan masjid. Semestinya kos membangunkan sistem ini haruslah munasabah untuk menjayakan objektif ini.
Dengan itu, Al-Masjidil memilih untuk menggunakan perisian yang bersifat sumber terbuka (Open Source). Ini termasuklan penggunaan pemalam (plug-in) dan applikasi-applikasi yang percuma, ataupun mempunyai ciri-ciri penggunaan percuma tetapi memadai untuk tujuan Al-Masjidil. Kos yang paling besar adalah untuk pembayaran ruangan pelayan sawang (webhost). Untuk permulaan, kos ini tidak perlu ditambah melainkan laman kelolaan sebuah masjid itu menerima lawatan pengunjung yang ramai.
Al-Masjidil juga menyasarkan peluang meraih pendapatan sampingan buat badan pengurusan masjid, dan juga ahli kariahnya. Kempen infaq atas talian akan dipergiatkan melalui hebahan kerap, dan peluang khas infaq (dengan jumlah tertentu) boleh dilakukan melalui ‘belian’ di kedai atas talian melalui e-niaga.
Badan pengurusan masjid juga boleh mendapatkan dana dari penjualan ruangan iklan, sewaan ruangan berniaga di laman e-dagang, dan mengenakan caj kecil untuk setiap transaksi.
BAGAIMANA AL-MASJIDIL MEMENUHI OBJEKTIF
Untuk menjelaskan persoalan ini, adalah penting untuk kita bahagikan Al-Masjidil kepada tiga bahagian utama iaitu;
Untuk pemahaman yang lebih jelas, kita akan bahagikan Al-Masjidil kepada beberapa bahagian dan membuat penerangan mengenai perisian yang digunakan dan penjelasan mengenai pemilihan sesuatu jenis perisian, applikasi ataupun pelantar tersebut. Kita akan mulakan dengan ringkasan mengenai setiap bahagian ini, sebelum penerangan lanjut beserta imej-imej berkaitan akan diberikan sebagai pencerahan.
LAMAN UTAMA
Laman utama Al-Masjidil menggunakan WordPress. WordPress merupakan CMS pilihan terbesar di dunia (menguasai lebih 40% laman sawang dunia) berbanding Joomla, Drupal dan lain-lain (menurut WordPress Kini Menjana 40% Daripada 10 Juta Laman Popular Di Dunia). Walaupun pilihan percuma ada untuk WordPress, penggunaan WordPress percuma tidak membenarkan pemasangan pemalam yang diperlukan untuk membolehkan Al-Masjidil berfungsi seperti yang dikehendaki.
Menggunakan khidmat yang percuma seperti Blogger, Wix, Weebly dan sebagainya namun ia tidak memberi kebebasan dari segi perisian, kandungan, dan pemalam yang diperlukan, contohnya, laman e-dagang dan e-aduan tidak dapat diterapkan ke dalam Al-Masjidil, dan pilihan untuk menggunakan Pelokasi Sumber Seragam ataupun Uniform Resource Locator (URL) adalah terhad. Maksudnya anda tidak boleh memilih nama laman sesawang anda, seperti https://demo.adeeology.my.
Pada kadar sekarang, khidmat pelayan sesawang (webhost) yang berpatutan dan bersesuaian untuk organisasi bersaiz kecil dan sederhana adalah sekitar RM300-800 setahun saja. Menggunakan khidmat begini menjamin hakmilik data sendiri, dan memungkinan penggunaan pemalam-pemalam seperti WooCommerce untuk e-dagang, dan perisian seperti osTicket untuk sistem sokongan pelanggan. Ini juga membolehkan integrasi Telegram, dan beberapa pemalam lain yang membolehkan penyampaian data melalui Google Sheets sahaja (bermaksud laman kutipan tabung tidak perlu dikemaskini di dalam WordPress, hanya di Google Sheets).
Berikut disertakan penerangan berserta imej-imej yang berkaitan untuk memudahkan pemahaman isi-isi yang telah dibentangkan.
GAMBARAN AL-MASJIDIL DAN FUNGSI-FUNGSI YANG DITERAPKAN DI LAMAN UTAMA
Imej 1
Maklumat lanjut mengenai laman sesawang utama Al-Masjidil
Imej 2
- Pengepala. (Mempunyai pautan ke halaman yang berkaitan.)
- Imej Tumpuan (Ruangan ini dikhaskan untuk hebahan penting.)
- Siaran Terkini (Siaran terkini daripada blog.)
Imej 3
Palang pautan ringkas di sebelah kanan dan penerangannya. Untuk paparan peranti kecil, palang pautan ringkas ini akan disusun dibawah layar, setelah isi utama.
Imej 4 dan 5
Contoh Penggunaan Google Sheets
Data di dalam spreadsheet ini hanya perlu dikemaskini di dalam Google Sheets. Data di dalam WordPress akan dikemaskini secara automatik pada kala yang ditetapkan.
LAMAN E-NIAGA
Laman sawang E-Niaga Al-Masjidil menggunakan pemalam WordPress yang dinamakan WooCommerce untuk membolehkan perniagaan atas talian. Ini juga membolehkan pautan pantas dan ringkas untuk membuat infaq seperti membuat pembelian atas talian.
Satu kelebihan utama E-Niaga ini ialah mudahnya pihak pengurusan masjid boleh menggunakannya untuk menampung kos pembiayaan pelayan laman web. Pendapatan boleh dijana melalui jualan, ataupun dengan membuka ruangan perniagaan buat ahli kariah menjadi peniaga atas talian di pelantar E-Niaga ini. Peniaga-peniaga ini boleh dikenakan caj bulanan RM50, dan caj perkhidmatan RM1 untuk setiap transaksi misalnya. Perlu perhatian di sini, penggunaan LekirPay sebagai gerbang pembayaran adalah dicadangkan, kerana tempoh settlement yang pantas (satu hari bekerja) dan tiada caj untuk badan bukan kerajaan dan pengurusan rumah ibadat.
Bahagian E-Niaga ini juga digabungkan dengan Telegram. Ini bermakna seorang pembeli boleh membuat pembelian melalui applikasi Telegram. Untuk pihak pengurusan, sebarang pesanan akan dimaklumkan melalui Telegram dan emel, dan demikian juga untuk pihak pembeli.
Satu butiran menarik, E-Niaga akan membolehkan infaq khusus melalui ‘pembelian’. Selain daripada tampalan butiran akaun dan kod QR yang tertera di laman sesawang Al-Masjidil, para dermawan boleh menggunakan E-Niaga dan membuat belian dengan jumlah yang khusus untuk tujuan infaq tertentu, seperti bayaran bil utiliti.
GAMBARAN AL-MASJIDIL DAN FUNGSI-FUNGSI YANG DITERAPKAN DI LAMAN E-NIAGA
Jika anda berminat untuk mencuba membuat belian dengan bot ini, sila berhubung dengan @ENiaga_Almasjidil_bot, dalam applikasi Telegram.
LAMAN E-ADUAN
E-Aduan pula merupakan sistem sokongan pelanggan yang direka untuk menerima aduan dan cadangan daripada jemaah untuk pihak pengurusan. Menariknya, seorang pengadu boleh memuatkan lampiran beserta aduan atau cadangannya. Misalnya pengadu membuat laporan kerosakan, dia boleh lampirkan sekali gambar kerosakan yang diambil melalui telefon bimbitnya. Lampiran tidak terhad kepada gambar sahaja, seorang pencadang boleh memuatkan dokumen Word atau PDF misalnya, untuk pencerahan isu yang ingin diutarakan. Aduan atau cadangan boleh dibuat melalui laman web dan Telegram.
Perisian yang digunakan untuk bahagian E-Aduan ialah osTicket, sebuah lagi perisian sumber terbuka. E-Aduan ini berfungsi dengan merekodkan aduan atau cadangan menggunakan sistem ‘tiket’. Setiap aduan akan menghasilkan nombor tiket yang unik, dan berpandukan tiket ini, segala maklum balas akan direkodkan di dalam sistem. Komunikasi antara pengadu dan penyedia perkhidmatan adalah berasaskan emel. Bila dipadankan dengan Telegram, ini membolehkan pengurusan E-Aduan menerima pemberitahuan pantas mengenai sebarang aduan baru. Pengguna Telegram pula, mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan kakitangan melalui bot. Bot ini berfungsi menerima sebarang sembang dan kemudiannya menyalurkannya ke sebuah kumpulan sembang. Mana-mana ahli di dalam kumpulan ini boleh memberi maklum balas dengan menggunakan bot ini sebagai perantara.
GAMBARAN AL-MASJIDIL DAN FUNGSI-FUNGSI YANG DITERAPKAN DI LAMAN E-ADUAN
Anda dipersilakan berhubung dengan @EAduan_Almasjidil_bot, dengan applikasi Telegram.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan untuk membangunkan Al-Masjidil, tidak termasuk upah bermula pada kadar lebih kurang RM800, tapi jumlah muktamad adalah bergantung kepada keperluan dan pengkhususan yang diperlukan seperti penggunaan pemalam dan tema berbayar, dan juga kos semasa penyedia pelayan laman sesawang. Adalah dianggarkan kos pembangunan keseluruhan adalah lebih kurang RM2,000.
Kos ini merangkumi semua komponen-komponen utama yang dibincangkan, iaitu laman sesawang utama, laman e-dagang (termasuklah pemasangan gerbang bayaran), dan pelantar e-aduan. Ini termasuklah pemalam atau pelantar berkaitan, seperti bot Telegram dan integrasi Google Sheets. Ini termasuk juga kos pelayan laman sesawang, dan nama domain (https://demo.adeeology.my) untuk setahun.
Kadar upah yang dipinta untuk membangunkan Al-Masjidil adalah terbuka untuk rundingan. Ini tidak termasuk penyelenggaraan dan kemaskini laman sesawang, namun latihan akan diberikan untuk kakitangan badan pengurusan yang ingin mentadbir sendiri.
Proses pembangunan sebuah laman baru dijangka mengambil masa lebih kurang dua minggu. Ini bergantung kepada format kandungan, tema laman sesawang dan kesediaan bahan yang diperlukan.
Sila hubungi Adee di talian 010-4616553 atau melalui emel dihello@adeeology.my untuk mengadakan rundingan percuma secara bersemuka di dalam kawasan Lembah Klang.
NOTA KAKI
Setiap perisian atau pemalam atau pelantar yang dipilih, WordPress, WooCommerce, osTicket mempunyai pilihan untuk edisi percuma (memerlukan pelayan laman sawang sendiri) ataupun berbayar dari segi bulanan atau tahunan. Bayaran ini perlu dilunaskan mengikut tempoh tanpa mengira kadar penggunaan. Buat permulaan, ini tidak perlu dan hanya merupakan pembaziran untuk ciri-ciri yang tak dipakai sepenuhnya atau jarang-jarang.
Applikasi dan pelantar seperti Telegram (dan bot-bot yang dipilih) Buffer, Facebook, Instagram, Twitter, IFTT, Google Suite, Hootsuite mempunyai ciri-ciri berbayar (atau boleh menghilangkan iklan), yang boleh dikatakan tidak perlu, namun ianya terpulang pada pihak pengurusan masjid itu sendiri.
Applikasi Telegram digunakan secara meluas di dalam Al-Masjidil. Ini adalah kerana Telegram bersifat terbuka bersifat terbuka dengan API (Application Programming Interface) mereka, berbanding WhatsApp. Ini bermakna, perisian WordPress, dan pemalam WooCommerce boleh digabungkan dengan Telegram untuk membuat belian di laman E-Niaga, dan membuat pemberitahuan segera di saluran/kumpulan sembang Telegram. Demikian juga dengan osTicket.
Sayugia diingatkan sekali lagi, ini tidak bermakna Al-Masjidil akan menjadi satu-satunya saluran perhubungan di antara jemaah dan pihak pengurusan. Ini cuma untuk melicinkan urusan pentadbiran dengan memanfaatkan semua jenis saluran yang ada dan menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan semua.
Harus diambil perhatian juga, bahawasanya maklumat di dalam Al-Masjidil adalah berasakan sebuah masjid rekaan di dalam daerah Petaling Jaya, Selangor. Dengan itu, sebahagian besar maklumat di dalam laman ini adalah rekaan semata-mata. Ini bertujuan untuk menggambarkan jenis data yang digunakan dan kemampuan Al-Masjidil itu sendiri. Harap ambil maklum juga, pembayaran menggunakan LekirPay tidak akan berjaya di laman ini, kerana ianya tidak diaktifkan.
Berikut ialah senarai akaun yang dicipta untuk pembuktian konsep ini;
Dokumen ini juga terdapat di dalam bentuk PDF untuk dimuat turun di sini. Namun gambaran imej-imej mungkin tidak jelas kerana kekangan ruangan.