Al-Masjidil merupakan inisiatif memperkasakan institusi masjid dan surau di atas talian, sebagai satu ‘Langkah Digital Mengimarahkan Masjid’. Ianya menggabungkan laman web, laman e-dagang, dan pelantar sistem sokongan pelanggan di dalam satu. Majoriti perkhidmatan dan applikasi yang diterapkan di dalam perlaksanaan sistem ini adalah percuma, ataupun bersifat kos rendah. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban kos kewangan yang tidak bermanfaat untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu.
Seperti yang diterangkan awal tadi, Al-Masjidil pada dasarnya mempunyai tiga bahagian utama. Bahagian pertama, dan paling utama ialah laman web ataupun blog. Ia merupakan wadah penyampaian utama untuk hebahan kepada jemaah. Keduanya, ia menerapkan laman e-dagang, yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan buat pengurusan masjid. Selain itu, pendapatan ini boleh juga digunakan untuk menampung kos pengendalian dan pengurusan laman web Al-Masjidil. Bahagian terakhir ialah gerbang sokongan pelanggan untuk menerima aduan dan cadangan daripada jemaah. Laman ini boleh digabungkan dengan platform media sosial popular seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Makluman kempen infaq, dan hebahan majlis ilmu, berita perkahwinan atau kematian kariah tempatan, dan jumlah kutipan dari penderma juga boleh dipaparkan.
Berikut ialah beberapa tangkap layar untuk laman Al-Masjidil. Setiap bahagian utama Al-Masjidil mempunyai laman khusus untuk memudahkan penyampaian dan pembuktian konsep Al-Masjidil. Anda juga dijemput melayari laman contoh Al-Masjidil, Langkah Digital Mengimarahkan Masjid. Sekiranya anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Al-Masjidil, jemput baca kertas cadangan Al-Masjidil di sini.
Sila hubungi Adee di talian 010-4616553 atau melalui emel di hello@adeeology.my untuk maklumat lanjut. Pertemuan secara bersemuka di Lembah Klang boleh diadakan secara percuma untuk demonstrasi secara langsung.